Hidup Bertuhankan Tuhan atau Tuan
Wow maybe pada tajuk dah buat kita tertanya-tanya adakah hidup kita selama ini bertuhankan Tuan/majikan kita atau pun Tuhan. Bagi orang Islam mesti akan kata, of course la kita bertuhankan Allah kenapa perlu majikan? Maybe pada dasar kita akan kata, kita bertuhankan Allah sebab kita melakukan solat, berpuasa dan sebagainya tetapi adakah kita melakukan solat tersebut dengan bersungguh-sungguh ataupun biasa-biasa sahaja. Saya simpan catatan saya untuk beberapa hari kerana saya juga dulu bertuhankan majikan tanpa saya sedari. Saya lebih takutkan majikan daripada Allah sendiri..Allahuakhbar.. Ya saya lebih takut untuk lewat sampai ke pejabat kerana takut majikan saya akan marah. Tetapi saya tidak rasa takut untuk lewat berjumpa Allah dalam solat seperti lewat dalam menunaikan solat. Kita lebih menjaga markah kita supaya kita masih mahu menerima kenaikan gaji.. tahukah kita bahawa rezeki yang kita perolehi adalah dari Allah sendiri. Sedangkan rezeki majik...