Andai Itu Takdirnya
Allah jadikan setiap kehidupan berpasang-pasangan kerana mahu kita melengkapi antara satu sama lain. Ada kelebihan pada diri kita, dan ada juga kekurangan pada diri kita. Yang paling penting komunikasi antara suami isteri bagi mengelakkan masalah dalaman dalam rumah tangga. Sebak hati, jika orang yang paling kita sayang dan peneman hidup kita sehingga ke akhir hayat berpaling arah kerana isterinya tidak cantik seperti dahulu. Bila nafsu menguasai akal manusia sanggup melakukan tindakan di luar batasan dan melanggar hukum Allah. Perbezaan antara keikhlasan dalam perhubungan… Kisah Pertama Hubungan terlarang yang dijalinkan oleh si suami bermula sejak si isteri mengandungkan anak pertama. Mahu diberi penerangan, si suami menulis sepucuk surat kepada si isteri menerangkan di mana silapnya. Kerana penerangan ini, si isteri menerima dan memaafkan si suami. Katanya itu adalah fitrah seorang lelaki. Berikut ialah surat yang ditulis. Mah isteri abang yang ...