Kek Belang Ala Mamamanis
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan alam maya mamamanis. Semoga diberikan keizinan untuk kita bersama-sama menikmati bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan. Banyak jemputan rumah terbuka tahun ni utk family mamamanis.. Syukur Alhamdulillah. Tak lupa juga adik-beradik mamamanis yang turut membuat rumah terbuka pada hari Sabtu sekitar 9 Syawal yang lepas. Dah nama pun ahkak kan haruslah bawak buah tangan kan..muahahaha. Bagi mommies yang ada sedikit kelapangan dan nak resipi yang hebat dan kebabom jom lihat menu raya mamamanis kali ni.
Kek Belang Ala Mamamanis
Bahan-bahan A (Pakai Hand Mixer)
1 cawan margerin brand Planta atau 1 buku margerin brand buttercup
2 cawan tepung naik sendiri brand MFM
Bahan-bahan B (Pakai Blender)
5 biji telur (mamamanis ambil gred B)
1 cawan Gula Pasir
1 sudu teh esen Vanilla
Bahan-Bahan C
Sedikit pewarna merah ros
Sedikit pewarna hijau
Cara-Caranya
1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah Celsius selama 5 minit.
2. Ambil bahan A dan putar sehingga kembang menggunakan hand mixer.
3. Ambil bahan B dan blend ke dalam blender sehingga sebati.
4. Setelah bahan A dengan Bahan B sebati masukkan bahan B kedalam bekas A sedikit demi sedikit dan putar sehingga kembang menggunakan hand mixer.
5. Setelah sebati asingkan adunan kedalam 3 bekas berasingan dan masukkan sedikit pewarna hijau dan ros.
![]() |
Asingkan adunan kepada 3 bekas yang berasingan |
6. Masukkan adunan berselang-seli ke dalam loyang yang telah dilengserkan dengan planta dan tepung untuk mengelakkan adunan melekat setelah masak.
![]() |
Adunan diselang-selikan seperti belang pelangi |
7. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 45 minit.
![]() |
Adunan dibakar kedalam Oven dengan suhu 160 darjah Celsius |
![]() |
Kek dah siap dimasak.. cer komen sket brp bintang nak kasi..hehee |
![]() |
Kek dah siap untuk dibawa ke rumah adik ipor |
8. Tempoh mengadun dalam lingkungan 20 minit ke 30 minit sahaja. Tempoh memasak dianggarkan 45 minit.
Kalau dah nama perempuan haruslah merajinkan jari jemari untuk memasak ye.. kek memang sedap, simple anak-anak pun suka.. Boleh dimasak pada bila-bila masa so hari ni, mamamanis bagi orang pejabat pulak rasa Kek Belang Ala Mamamanis..
Salam Aidilfitri dari Mamamanis sekeluarga.. muax
![]() |
Extra colour untuk jamuan hari raya di pejabat |
Comments
Post a Comment