Posts

Showing posts from 2014

Kenapa Vitamin C Shaklee Adalah Vitamin Yang Terbaik

Image
Kenapa saya kata kan Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik? - Merupakan Vitamin C semulajadi dan bukan vitamin sintetik - Tidak mengandungi Silica Gel -  Ditambah dengan Bioflavonoids - Mendapat kelulusan KKM dan disahkan halal oleh JAKIM - ‘Sustained Released’ iaitu pelepasan perlahan-lahan setiap 100mg setiap 1 jam ke seluruh badan. -    Harga yang berpatutan RM 92.50/180 biji untuk 6 bulan. Hanya RM 0.50 sebiji Jom kita lihat kenapa Vitamin C Shaklee ini adalah vitamin C semulajadi. Ekstrak Asid Ascorbik yang dihasilkan daripada buah oren itu sendiri. Seperti dalam Wikipedia.  Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawa

Hidup Bertuhankan Tuhan atau Tuan

Image
Wow maybe pada tajuk dah buat kita tertanya-tanya adakah hidup kita selama ini bertuhankan Tuan/majikan kita atau pun Tuhan. Bagi orang Islam mesti akan kata, of course la kita bertuhankan Allah kenapa perlu majikan?  Maybe pada dasar kita akan kata, kita bertuhankan Allah sebab kita melakukan solat, berpuasa dan sebagainya tetapi adakah kita melakukan solat tersebut dengan bersungguh-sungguh ataupun biasa-biasa sahaja. Saya simpan catatan saya untuk beberapa hari kerana saya juga dulu bertuhankan majikan tanpa saya sedari.  Saya lebih takutkan majikan daripada Allah sendiri..Allahuakhbar.. Ya saya lebih takut untuk lewat sampai ke pejabat kerana takut majikan saya akan marah.  Tetapi saya tidak rasa takut untuk lewat berjumpa Allah dalam solat seperti lewat dalam menunaikan solat.  Kita lebih menjaga markah kita supaya kita masih mahu menerima kenaikan gaji.. tahukah kita bahawa rezeki yang kita perolehi adalah dari Allah sendiri.  Sedangkan rezeki majikan kita juga turut dipeg

Tampil Langsing dan Menawan Selepas Bersalin

Image
Proses pelahiran bayi amat memenatkan bagi si ibu.  Kelahiran bagi bayi pertama mengambil masa hampir 10 jam untuk bukaan penuh 10cm bagi melahirkan anak secara normal.  Tidak lupa juga bagi ibu yang melahiran anak secara cesarean.  Justeru penjagaan rapi perlu diberikan kepada si ibu selepas kelahiran bayi mereka supaya luka luaran dan dalaman akan cepat sembuh. Testimoni bagi mamamanis sendiri sebagai pengguna Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee untuk anak kedua Anis Sofia yang dilahirkan pada 21 September 2013 jam 0615H.  Proses kelahiran memakan masa hampir 3 jam bermula dari jam 0300H bertolak ke labour room Hospital Putrajaya, Putrajaya.   Perlu sokongan fizikal dan mental dari pasangan masing-masing kerana proses kelahiran memang akan jadi panjang sekiranya salah teknik. Ok berbalik kepada Set Berpantang Shaklee, mamamanis berpantang di rumah mak di Shah Alam.  Umah pangsapuri tingkat 5… ohoooohoii  Kalau nak naik turun jenuh kepit jer..hehee Alhamdulillah penggu

Tips Pulihkan MATA PANDA Di Wajah Anda

Image
“  Eee .. muka putih, tangan putih, tepi mata hitam”  Adakah anda berasa segan berada dikhalayak ramai kerana mata mempunyai lingakaran hitam seperti panda??? Bosan dengan pelbagai jenis produk dipasaran tetapi masih tidak berhasil?? Jom kita lihat punca terjadinya lingkaran gelap dibawah mata :- Kurang rehat .   Jika anda suka tidur lambat atau sukar untuk tidur mata anda akan bekerja dengan lebih keras.   Pembuluh darah sekitar mata akan bekerja kuat dan mewujudkan bayang-bayang sekitar mata. Faktor keturunan .  Sebilangan sahaja yang akan kena, tapi masih boleh dikira faktor keturunan.  Semakin nipis kulit, semakin jelas bayang-bayang bawah mata. Faktor usia .  Bila usia 25 tahun ke atas kulit akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan.  Kolagen pada kulit mula berkurang dan mengakibatkan lingkaran gelap pada mata terhasil.  Elergi .  Bagi yang mengalami alahan pada kulit seperti di bawah mata, jangan garu sebab ia akan meninggalkan kesan @ parut hitam y

Perubahan Ke Arah Lebih Cemerlang

Image
Kalau kita membaca buku-buku berunsurkan Tamadun Islam, Umat Islam pada ketika itu adalah umat yang kuat, bersemangat tinggi, banyak terlibat dalam penyelidikan perubatan, astronomi dan sebagainya.  Bagaimana umat Islam yang terkenal pada masa dahulu kini mundur? Pada masa kini, Umat Islam lebih mementingkan diri sendiri, malas berusaha, mudah putus asa dan bermacam-macam lagi. Semangat perjuangan untuk agama telah digantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi.  Terdapat banyak jurang antara kaya dan miskin.  Gejala-gejala ini telah menyebabkan umat Islam mulai mundur. Ini ditambah lagi dengan pelbagai masalah lain yang menekan jiwa umat Islam kini seperti kefahaman Islam yang cetek, penyelewengan akidah, mengasingkan diri dari urusan dunia, gejala sosial, perpecahan keluarga dan sebagainya. Akibatnya satu demi satu kerajaan Islam ditakluki dan dijajah, lantas kegemilangan Islam terus lenyap dan hancur di tangan musuh Islam. Terdapat kebaikan apabila kita menggunakan khidm

Pembunuh No 1 Golongan Muda

Image
Penyakit jantung memang dinobatkan sebagai penyakit pembunuh nombor satu di negara kita dan dengan adanya pelbagai kempen Kementerian Kesihatan, rasanya semua orang tahu faktor risiko untuk mendapatnya.  Meskipun pengetahuan itu ada, ia belum mampu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk benar-benar berusaha mencegahnya. Buktinya catatan kes sakit jantung tetap tinggi, malah yang lebih membimbangkan ialah adanya ‘trend’ penyakit ini mula menular pada golongan muda sekitar umur 30-an dan 40-an, sedangkan ia pada asalnya dikategorikan sebagai penyakit orang tua (60 tahun ke atas) kerana peningkatan umur antara faktor risiko penyakit jantung yang tidak boleh dikawal. Sebut saja apa kaedah rawatan terkini untuk penyakit jantung, boleh dikatakan semuanya ada di negara kita, tetapi ia masih tidak boleh menjamin setiap pesakit dapat diselamatkan apabila mengalami serangan jantung. Malah ramai pakar kardiologi (jantung) menyifatkan pesakit yang berjaya mengharungi serangan jant