Tips Pulihkan MATA PANDA Di Wajah Anda

“  Eee .. muka putih, tangan putih, tepi mata hitam” 

Adakah anda berasa segan berada dikhalayak ramai kerana mata mempunyai lingakaran hitam seperti panda???

Bosan dengan pelbagai jenis produk dipasaran tetapi masih tidak berhasil??

Jom kita lihat punca terjadinya lingkaran gelap dibawah mata :-

Kurang rehat.  Jika anda suka tidur lambat atau sukar untuk tidur mata anda akan bekerja dengan lebih keras.  Pembuluh darah sekitar mata akan bekerja kuat dan mewujudkan bayang-bayang sekitar mata.

Faktor keturunan.  Sebilangan sahaja yang akan kena, tapi masih boleh dikira faktor keturunan.  Semakin nipis kulit, semakin jelas bayang-bayang bawah mata.

Faktor usia.  Bila usia 25 tahun ke atas kulit akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan.  Kolagen pada kulit mula berkurang dan mengakibatkan lingkaran gelap pada mata terhasil. 

Elergi.  Bagi yang mengalami alahan pada kulit seperti di bawah mata, jangan garu sebab ia akan meninggalkan kesan @ parut hitam yang hodoh..Elakkan juga menggosok mata terlalu kuat, ia akan mengakibatkan tekanan pada pembuluh darah di bawah mata

Dah kata ada lingkaran bawah mata, tak kan kita nak biar je.. kena ada cara nak pulihkan.. Uolz nak jd mcm Kak Mah sebelum buat come back ke? Hehe

Tips pulihkan lingkaran pada mata :-

Sudu Besi

Sudu dimasukkan dalam peti ais semalaman.  Keesokkannya, tekapkan bahagian belakang sudu pada mata uolzz dalam beberapa saat.  Cuba selama seminggu.. (Sila istiqamah ye sygku)..hehe

 Uncang Teh

Tak kisah brand ye Lipton boleh. Boh boleh.. pastikan rendam 2 uncang the dalam air panas selama beberapa minit.  Selepas direndam minum dulu airnye..hehe lepas tu picit uncang teh untuk keluarkan air yang berlebihan dan tekap pada mata untuk beberapa minit..

Parutan Kentang Mentah

Letakkan parutan kentang mentah di atas kapas. Letakkan kapas pada mata, dan pastikan kapas tuh menutupi lingkaran gelap bawah mata korang secara keseluruhan. Biarkan ianyanya selam 10 minit, kemudian bilas dengan air

Potongan Timun

Gunakan potongan timun, sifat timun yang sejuk boleh menyejukkan bawah mata.. Uolzz tau  tak betapa tertekannya mata uolzz?? so sejukkan la dorg ye…kalau nak cantik..ahakss

Minum air masak

Minum air masak banyak-banyak supaya boleh detox tubuh kita.. kadang-kadang bila toksin banyak dalam badan boleh mengakibatkan muka nampak lesu dan kering. Boleh menghasilkan bayang-bayang pada mata juga.

Enfusell Eye Treatment Shaklee

Sebelum menggunakan pelbagai produk untuk menghilangkan lingkaran bawah mata.  Isi air panas di dalam cawan.  Celupkan kain bersih didalam air panas tersebut. Bila suam tekap pada mata, kemudian letakkan enfusell eye treatment.





Comments

Popular posts from this blog

Kek Belang Ala Mamamanis

Bahayakah kawan imaginasi anak anda?

Solusi Masalah Penyusuan Susu Ibu