Allah masih sayangkan kita
Semalam
mamamanis received satu tazkirah dari kawan melalui WhatsApp. Biasalah kan kalau cerita panjang sikit kita
scroll laju2 lps tu ambik part awl, tengah dan akhir..hehe semalam tergerak
baca satu cerita yang menyentuh hati mamamanis berkenaan solat di awal waktu.
Copy : cerita menyentuh hati ex school
mate saya di MRSM Balik PUlau dulu.. Nor Sahidah Hamid yang baru menunaikan
haji baru2 ini. Solatlah diawal
waktu. Baca sampai habis, semoga beroleh
manfaat dan menjadi inspirasi untuk istiqomah solat awal waktu
Sedikit
pengalaan saya ingin kongsikan bersama rakan.
Cerita saya semasa menunaikan haji 2014.
Lagi 4 hari menantikan hari wukuf.
Mekah sudah sedak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.
Pada
hari itu saya berjanji untuk menelefon anak2 di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang
kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia.
Waktu yang paling sesuai untuk anak2 saya seblum tidur.
Oleh
kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk Solat
Asar pada hari itu. (Masuk waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki
dari hotel ke masjid). Sampai di masjid,
keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat
kegemaran kami yang berhampiran Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah
disitu dan bertemu semula di tempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing2.
Ruang
sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke
kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna
kulit. Saya meninjau dengan ‘muka kesian’
memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab
yang cantik. Dia seakan faham hasrat
saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal2 lagi dia menggelengkan
kepala mengisyaratkan tiada ruang yang boleh dikongsikan. Saya faha, walaupun sejadahnya lebar tetapi
badannya agak gempal. Dia mungkin
khuatir nanti dia tidak selesa.
Seketika
kemudian azan Asar pun berkumandang.
Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan
ketika itu saya sudah terperangkap di tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing-masing
menunggu azan tamat. Saya sukar untuk
keluar dan tidak juga dapat duduk.
Akhirnya
ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan.
Betul-betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah
jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada
antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.
Saya tiada pilihan,
sambil azan masih bergema, saya kais selipar2 itu untuk ruang solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia
merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras
lantainya. Kesimpulannya saya akan solat
di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi,
saya pula lupa membawa sejadah.
Azan
selesai, saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih
baik. Seorang jemaah lalu berhampiran
dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon
saf daripada wanita cantik itu. Saya
menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati
berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri.
Bagaimana pula wanita ini?
Wanita
arab itu menggeleng kepala matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam
hati saya. Saya kasihan melihat jemaah
yang senasib dengan saya itu. Dalam
kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah-langkah dicelah-celah jemaah
dengan susah payah untuk mencuba nasi diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.
Saya
tiba2 merasa sebak. Terutama bila
terpandang kembali ruang dicelahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya
sahaja. Kaki dan lulut saya nanti pula
akan berada di anak tangga. Sambil
memandang wanita arab itu, dalam keadaan
senyum tawar, terkeluar kata-kata dari mulut saya. “here in
masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see god” saya menyambung lagi dalam
bahasa inggeris. (translated). “ saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat tempat. Tapi “air mata saya mula bergenang “lihatlah
tempat saya’ saya tak mampu lagi terus berkata2”.
Tiba-tiba seorang
jemaah yang berhampiran menyampuk. “itulah awak sebenarnya cuma lewat sikit
sahaja. Sebelum tadi masih banyak
tempat. Mendengar saja ucapannya
saya terus menangis kuat. Tiada lagi
rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya
terusik dengan perkataan ‘Lewat’ Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.
Oleh kerana dalam
keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (
kebannyakkannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi
tumpuan. Seperti di atas pentas dengan
jemaah itu selaku penontonnya. Wanita
Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis “ I
am sorry, bukan saya tak nak beri ruang, tapi saya pun tak cukup”. Perbualan kami didengari oleh semua orang
kerana hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.
Sambil mengesat air
mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. “Saya
bukan marahkan kamu. Ijust missed my
hometown, in my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want” we
have a lot of mosques”. Tapi di sana
saya tidak hargai ruang yang Allah beri.
Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tetapi Allah tidak pernah menghina saya atau
membalas serta merta. Di sini,
disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang
solat saya. Saya rasa terhina di hadapan
Tuhan”.
Kami kelihatan
seperti pelakon drama. Semua jemaah lain
yang faham bahasa inggeris menunjukkan muka sayu Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya2
rakan di sebelah. Salah seorang menyampuk
“ where is your hometown?”
“I am from Malaysia, It is a beautiful
muslim country”. ‘When I got back to
Malaysia, I don’t want to pray late anymore.
I don’t want Allah to embarrass me in Mahsyar”.
Wanita arab tadi
memegang tangan saya dan berkata “
terima kasih”, hari ni saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai
cara. Saya pun akan hargai ruang dan
masa yang saya ada bila saya balik nanti.
Semoga kamu mendapat haji yang mabrur”
Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha
menyesuaikan diri. Tiba2 dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil, “
Hajjah, here is space for you, rupanya mereka tadi memahami dan berganjak-ganjak
sehingga terhasil satu ruang yang cukup2 untuk saiz badan saya. I feel blessed.
Seusai solat fardhu
dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai.
Tanpa disangka, beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk
saya dan berkata, “thank you hajjah, haji mabrur insyaallah”.
Semoga ianya
memberi manfaat kepada kita. Kadangkala
kita melakukan tugas sampai terlupa solat..berubahlah kerana Allah sayangkan
kita.
Comments
Post a Comment