5 Tips Ibu Hamil Atasi Sakit Gigi Semasa Mengandung
Oh
sakit gigi.. sakit bertambah-tambah jika ketika itu anda hamil dan doktor
sarankan anda untuk tidak mencabut gigi.. ouch!
Itulah
pengalaman mamamanis masa mengandungkan Anis Sofia masa tahun 2013. Kalau nak
ikutkan waktu tu kandungan baru trimester pertama.. mulalah terfikir aku ni
kurang kalsium ker? Sakitnya sampai nak
menguap pun x boleh punyalah sakit, lepas tu bahagian dalam pulak tu bukan gigi
yang depan-depan..haru2
Untung
kerana mamamanis berkhidmat dalam sektor kerajaan. Klinik pun depan mata jer.. so buatlah
appointment..konon2 nak cabut la gigi ni sebab x tertanggung rasanye. Kalau nak diikutkan bahagian belakang gigi
memang dah berlubang sedikit so bila kita mengandung perubahan hormon menyebabkan pengaliran darah yang banyak pada badan
serta boleh mendapat jangkitan.
Doktor
x suggest untuk kita cabut gigi kerana pengambilan ubat antibiotik, ubat tahan
sakit serta ubat bius boleh menganggu perkembangan janin dalam kandungan. Jadi doktor suggest cuci gigi jer lepas tu
buang sisa makanan yang terlekat pada gigi yang berlubang. Selain
dari masalah gusi, kerosakan gigi boleh berlaku ketika hamil kerana biasanya
mulut cendung berasid dan air liur juga kering kerana wanita hamil yang
mengalami morning sickness. Ketika
muntah, jus gastrik bersifat asid dari perut akan masuk ke dalam mulut dan
menghakis permukaan gigi.
5 TIPS CARA MERAWAT
SAKIT GIGI KETIKA HAMIL
1) Gunakan ais batu. Letakkan beberapa ais batu pada kain dan tuam
pada tempat yang sakit. Ia akan
meredakan sakit untuk seketika.
2) Gunakan serbuk penaik. Bukan sahaja serbuk penaik boleh diletakkan
dalam doh tapi boleh digunakan sebagai penawar sakit gigi. Ambil sesudu serbuk penaik, titiskan beberapa
air dan kacau supaya menjadi doh ( jangan cair). Tampalkan pada tempat yang sakit.
3) Gunakan garam masakan. Masukkan dua sudu kecil garam masakan dan
campurkan setengah gelas air suam.
Kumur-kumur beberapa kali untuk membunuh bakteria. Selain itu, boleh juga masukkan setengah sudu
kecil garam ke dalam dua sudu besar perahan lemon dan campurkan sedikit air
untuk berkumur.
4) Ambil uncang teh. Rendam dalam air panas untuk beberapa saat
dan tekapkan pada tempat yang sakit.
5)
Bagi ibu yang hamil, pengambilan
ubat-ubatan perlu mendapat kebenaran daripada doktor justeru itu, pengambilan
supplement semasa hamil adalah sangat selamat.
Ia akan mengurangkan sakit gigi dan membekalkan nutrien yang diperlukan
oleh ibu & bayi.
Ostematrix
-
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Vitamin D meransang penyerapan kalsium. Ianya sangat penting dalam pembinaan sel,
pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
-
Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk
tenusu. Kalsium penting untuk darah
membeku dengan sempurna. Ia juga dapat
memperbaiki ransangan urat saraf dan menstabilkan denyutan jantung dan tekanan
darah tinggi.
- Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium bukan
sahaja pertumbuhan bayi terjejas, ia akan menyebabkan juga kerosakan pada gigi
ibu sendiri.
B Complex
-Ianya
melancarkan peredaran darah,mencegah terjadi kerosakan pada saraf serta
mengurangkan stress. Haruslah kan sebab
sakit gigi boleh mengakibatkan stress sepanjang hari.
Anda harus berjumpa doktor sekiranya sakit gigi masih berlarutan |
Comments
Post a Comment