Tabung Ajaib Mamamanis

Mamamamanis nak kongsi sedikit berkenaan Performance Drink.  Ia adalah salah satu minuman isotonik yang KURANG GULA & TIDAK BERKARBONAT.  Perisa Oren yang sangat lazat bukan sahaja diminati oleh orang dewasa bahkan anak-anak. Termasuklah anak mamamanis Imran & Anis.

Sekarang ni mamamanis x nak bebel panjang-panjang pasal PD ni.. kita kongsi sikit aktiviti  yang kita boleh buat dengan anak-anak menggunakan Produk Shaklee.

performance drink
Pastikan Performance Drink anda habis diminum

Jeng..jeng..jeng

Tabung ajaib mamamanis – (versi suara doremon)


performance drink
Tebuk sedikit lubang supaya duit syiling boleh dimasukkan


Bahan-bahan yang kita perlukan

1) 1 Canister Performance Drink (pastikan sudah habis ye sayangku)

2) Gunting & Pisau

3) Duit siling @ duit kertas

Cara membuat tabung ajaib mamamanis

1) Basuh & keringkan canister PD terlebih dahulu

2) Tebukkan bahagian tengah penutup PD dan anggarkan ruang untuk masuk duit siling atau duit kertas. (gunting dengan berhati-hati)

3) Dah tebuk.  Ketatkan penutup PD.


performance drink
Dah siap tabung ajaib mamamanis. Biar Abg Imran rasmi dulu eh..


performance drink
Turn anis pulak masukkan duit.. good anak mama

Budak ni suci.  Kalau kita ajar sesuatu yang bermanfaat Insyaallah mereka akan ikut apa yang kita buat.  Mamamamanis cakap kalau abg jumpa duit syiling dalam rumah ni cepat-cepat masukkan dalam tabung. Duit tu abg punya, tapi ambil duit syiling dalam rumah ni je tau..haha cakap kena terang karang semua duit syiling kat rumah orang pun lesap lak masuk dalam tabung die..


Comments

Popular posts from this blog

Kek Belang Ala Mamamanis

Bahayakah kawan imaginasi anak anda?

Solusi Masalah Penyusuan Susu Ibu