Swimming Pool Marina Putrajaya

Kenapa blog ni dipanggil coretanmamamanis.blogspot.com? Ini adalah inisiatif sebagai ruang untuk berkongsi info dan sharing telatah Imran @ Iman dan Anis.. that's why la nama mamamanis ni dikomersialkan.. bukan suka-suka jer main letak mama manis lah sangat.. tetapi sempena nama dua budak syomel yang sgt nakal ni :)

Sabtu lepas dalam 1 Nov, mamamanis decide nak bawak budak berdua ni berenang.. tapi biasalahkan budak-budak x kan nak pergi Sunway Lagoon pulak so mamamanis amik yang dekat jer.. Marina Putrajaya dekat Persint 5.. dekat dengan umah Atok dorang ni.. jimat-jimat

First time la mamamanis dengar Marina Putrajaya ni gigih punya pasal so dapat la dalam satu blog ni pasal swimming pool Marina Putrajaya.





Tak mahal pun bayaran yang dikenakan RM 5/person.  Kiranya dalam umur 3 tahun dah kena bayar kalau kurang dr tu FREE je.. Kira ok la kan berenang dekat kawasan berbumbung so puteri or putera lilin tu boleh berenang kat sini.. har har har



First Session [0900H - 1145H]
Second Session [1230H-1515H]
Third Session [1600H-1845H]
Forth Session [1930H-2145H]


Ada 4 sesi boleh mandi sampai lebam ok.. Ada 2 kolam, satu kolam kanak-kanak satu lagi kolam dewasa (paras dada bagi ketinggian 156cm)




Tapi air die sangat la sejuk macam dekat genting..hehe sabo jer la kesian si Anis ni terus x boleh senyum :P




Kami keluar pun dalam pukul 6.00 petang cm tu.. so dapat la memuaskan hati anak-anak.. Ada banyak lagi tau aktiviti yang kita boleh buat dekat Marina Putrajaya ni.. esk-esk nak try yg lain pulak ye..hehe 



* Cian Anis xde respon terus lepas berenang..

Kesimpulannya esknye mama dorg yang demam.. haha terkejut kot lama x berendam..hehee









Comments

  1. mmg sejuk sgt.. kalau boleh bawak g swimming pool yang xde bumbung.. sampai mama pun demam esknye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kek Belang Ala Mamamanis

Bahayakah kawan imaginasi anak anda?

Solusi Masalah Penyusuan Susu Ibu