Solusi Masalah Penyusuan Susu Ibu
Setiap wanita yang berkahwin memasang impian untuk mendapatkan zuriat. Para ibu akan berusaha untuk mencari ilmu berkaitan alam rumah tangga serta pengurusan keluarga. Tidak hairanlah ibu-ibu sekarang mementingkan penyusuan ibu kerana mendapat galakkan awal dari hospital dan keluarga lagi. Persiapan mental dan fizikal perlu ada bagi menyambut kelahiran bayi. Sesudah kelahiran bayi, ibu-ibu dimomokan pula apabila anak mereka tidak mahu menyusu. Mengapa ia berlaku?
Ilmu
sudah ada tetapi ianya hanya dari segi bacaan
sahaja tetapi selepas kelahiran bayi ibu-ibu perlu melakukan praktikal dari apa yang mereka
baca. Sekiranya anak mereka tidak mahu
menyusu para ibu mula merasa stress termasuk tidak dapat galakkan dari
keluarga.
Disini
mamamanis akan kongsikan masalah yang dihadapi oleh para ibu termasuk mamamanis
sendiri semasa kelahiran anak pertama pada 5 tahun dahulu
1)
Putting leper atau tenggelam
Jom
Lakukan PINCH TEST bagi memeriksa keadaan puting payudara kita samada
normal, leper atau tenggelam
Cara
: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan
aerola pada jarak diameter 1 inci daripada puting
Keputusan:
>>
Puting yang normal akan tertonjol apabila aerola menerima tekanan.
>>
puting leper tidak tertonjol keluar
>>
puting tenggelam pula akan tertarik ke dalam.
Kaedah
penyelesaian :
>>
Urutan
Kaedah
ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan tanpa bantuan
sebarang alat. Sebaiknya dilakukan sejurus anda perasan yang anda mempunyai
puting leper atau terbenam. Anda perlu memberi rangsangan kepada puting dengan
menarik-narik puting ketika mandi.
Pam
khas dengan sedutan lembut dapat menarik keluar puting ke dalam cawan kecil
alat ini. Sebaikknya digunakan selepas kelahiran bayi supaya niplette tidak
dipenuhi susu ibu.
Alat
ini perlu dipakai di dalam coli seawal trimester ke-3 kehamilan. Kali pertama
memakai hanya selama 1 jam. Sekiranya sudah selesa, boleh tambahkan masa
penggunaannya sehingga 8 jam sehari. Tetapi
ibu tidak perlu memakainya ketika hendak tidur di waktu malam. Sekiranya ibu
telahpun melahirkan bayi, alat ini boleh dipakai 30 minit sebelum menyusukan
bayi. Tekanan cawan payudara ini dapat membentuk puting.
2
dalam 1. Boleh digunakan untuk menimbulkan puting dan juga mengepam susu untuk
stok bayi ibu nanti.
Sekiranya
semua cara di atas tidak berhasil, maka ini merupakan langkah terakhir yang
dapat membantu supaya bayi dapat melekap seterusnya menyusu badan. Nipple
shield ini merupakan silikon lembut yang dilekapkan di atas areola dan
bertindak sebagai puting bagi menggantikan puting yang tenggelam atau leper
itu. Tetapi apabila bayi telah dapat melekap, ibu sebaiknya menarik
perlahan-lahan nipple shield tersebut agar bayi dapat menyusu tanpa bantuan
nipple shield.
2.
Bengkak Payudara
Punca:
-Bayi
tidak menyusu dengan kerap.
-Bayi
diberi susu formula
-Bayi
menghisap dari puting sahaja.
Penyelesaian:
>>Tuam
payudara dengan tuala panas bagi mengurangkan sakit dan bengkak susu.
>>Perah
payudara perlahan-lahan untuk melembutkannya.
>>Susuilah
bayi anda dengan kerap selang 2 jam sekali dan sekiranya bayi tidak menyusu,
para ibu hendaklah pump susu tersebut.
3.
Puting luka.
Bayi
hisap dari puting sahaja.
Penyelesaian:
>>Pastian
anak menghisap dari areola.
-
Beri bayi menghisap dari payudara yang tidak sakit dahulu, kemudian setelah
pengaliran susu mengalir dengan baik, barulah tukar ke payudara yang sakit
pula.
-Selepas
menyusu, masukkan hujung jari anda ke dalam penjuru mulut anak,dan keluarkan
puting dengan perlahan-lahan.
-Sapukan
puting yang sakit dengan sedikit susu anda.
-Elakkan
penggunaan sabun dan losyen pada puting yang luka.
Comments
Post a Comment