Bahayakah kawan imaginasi anak anda?
Pernah tak kita ternampak
anak kita lebih kurang usia 2 tahun bercakap sendirian atau main sendirian?
Bahaya tak imaginary friends ini? Mamamanis
pernah suap Anis makan, sambil tu anis ambil nasi dalam pinggan mamamanis and try utk suap “sesuatu”
betul-betul dekat sebelah mamamanis. Dia kata ”nak.. mamam?” Oh my! Nasib baik
nasi tu x susut kalau x pengsan la mamamanis..huhu
Mengapa anak kita ada imaginary friends? Bahaya x imaginary
friends dikalangan kanak-kanak?
Pertama sekali yang kita
perlu lihat adalah dari segi kekerapan anak kita bermain dengan seseorang yang
kita x nampak, mungkin sekali sekala, atau setiap kali bermain. Kerana anak-anak mempunyai daya pemikiran yang
kreatif, mereka akan meniru perlakuan kita seharian. Misalnya menguruskan bayi, memberi makan
kepada anak patung mereka atau berlagak seperti seorang Superhero!
Kajian dari Profesor Madya
Dr Alvin Ng Lai Oon, Pakar Psikologi Klinikal mengatakan kanak-kanak kecil
kadang-kalanya gemar bercakap sendirian sewaktu bermain trak dan kereta api
atau bermain dengan anak patung mereka, yang setiap satu diberi nama seperti
manusia. Ada kalanya si manja berbual atau bermain dengan seseorang yang tidak
dilihat. Kawan imaginasi atau khayalan anak anda mungkin seorang kanak-kanak
lain yang sebaya dengannya, seorang watak ajaib atau fantasi, atau mungkin juga
seekor binatang.
Seseorang kawan khayalan
boleh berubah mengikut peredaran masa, apabila si manja melalui fasa tertentu
dalam hidupnya. Bagi sesetengah kanak-kanak, ‘kawannya’ mungkin datang sesekali
atau muncul selang beberapa hari, manakala bagi yang lain ‘kawan’ itu adalah
teman sepanjang masa. Anak-anak akan melayan ‘kawannya’ seperti melayan kawan
sebenar, kawan yang dilihatnya setiap hari dan boleh bermain bersama. Jadi,
jangan terperanjat jika si manja memberitahu anda bahawa anda mungkin terpijak
‘kawannya’, atau anda duduk di tempatnya, atau meminta anda menyediakan tempat
untuk ‘kawannya’ di meja makan apabila tiba waktu makan.
Salah satu punca anak-anak
mempunyai imaginary friends atau kawan khayalan adalah disebabkan
kesunyian. Ibu bapa yang terlalu sibuk
bekerja menghabiskan masa di pejabat dan mengabaikan anak mereka terutama anak
tunggal atau mempunyai jarak terlalu jauh antara adik beradik. Mereka ini tidak dapat meluahkan rasa
seronok, rasa sedih dan ini menjadikan mereka create rakan mereka sendiri.
Sekiranya keadaan ini berlarutan ia akan mengakibatkan gangguan emosi
dan mental kepada kanak-kanak tersebut.
Apabila mereka memperkenalkan rakan mereka kepada ibu dan bapa mereka
dimarahi kerana rakan tersebut tidak boleh dilihat.
Apa
yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi anak-anak yang mempunyai imaginary
friends
1) Melatih Komunikasi dan
Interaksi
Semua kanak-kanak dalam
lingkungan 3 hingga 6 tahun mempunyai rakan imaginasi tetapi ianya bersifat sementara
kerana ia mendidik anak-anak kita interaksi dua arah serta mengawal emosi. Tidak hairan kalau kita lihat anak-anak
bermain dengan anak patung mereka dan bersembang sendirian. Ternyata anak anda adalah seorang yang kreatif!
2) Bermain bersama anak-anak
Anak-anak bermain sendirian
dengan anak patung mungkin biasa bagi ibu bapa tetapi sekiranya anak-anak tidak
mengendahkan ibu bapa atau menyahut sekiranya dipanggil ia adalah menjadi
sesuatu yang luar biasa. Biasakan diri
kita bermain dengan anak-anak dan membawa mereka keluar untuk bermain di taman
bagi membolehkan mereka berkomunikasi atau bergaul dengan rakan-rakan yang
lain.
3) Menjadi pendengar yang
setia
Sekiranya anak-anak memberitahu
tentang rakan imaginasi mereka sebagai ibu bapa jangan terus memarahi
anak-anak. Cuba dengar terlebih dahulu
apa yang mereka cuba sampaikan. Walaupun
kita rasa agak seram sejuk tetapi kita perlu dekat dengan anak kita supaya
mereka rasa disayangi dan dihargai.
Comments
Post a Comment