Posts

Showing posts from November, 2014

Tampil Langsing dan Menawan Selepas Bersalin

Image
Proses pelahiran bayi amat memenatkan bagi si ibu.  Kelahiran bagi bayi pertama mengambil masa hampir 10 jam untuk bukaan penuh 10cm bagi melahirkan anak secara normal.  Tidak lupa juga bagi ibu yang melahiran anak secara cesarean.  Justeru penjagaan rapi perlu diberikan kepada si ibu selepas kelahiran bayi mereka supaya luka luaran dan dalaman akan cepat sembuh. Testimoni bagi mamamanis sendiri sebagai pengguna Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee untuk anak kedua Anis Sofia yang dilahirkan pada 21 September 2013 jam 0615H.  Proses kelahiran memakan masa hampir 3 jam bermula dari jam 0300H bertolak ke labour room Hospital Putrajaya, Putrajaya.   Perlu sokongan fizikal dan mental dari pasangan masing-masing kerana proses kelahiran memang akan jadi panjang sekiranya salah teknik. Ok berbalik kepada Set Berpantang Shaklee, mamamanis berpantang di rumah mak di Shah Alam.  Umah pangsapuri tingkat 5… ohoooohoii  Kalau nak naik turun jenuh kepit jer..hehee Alhamdulillah penggu

Tips Pulihkan MATA PANDA Di Wajah Anda

Image
“  Eee .. muka putih, tangan putih, tepi mata hitam”  Adakah anda berasa segan berada dikhalayak ramai kerana mata mempunyai lingakaran hitam seperti panda??? Bosan dengan pelbagai jenis produk dipasaran tetapi masih tidak berhasil?? Jom kita lihat punca terjadinya lingkaran gelap dibawah mata :- Kurang rehat .   Jika anda suka tidur lambat atau sukar untuk tidur mata anda akan bekerja dengan lebih keras.   Pembuluh darah sekitar mata akan bekerja kuat dan mewujudkan bayang-bayang sekitar mata. Faktor keturunan .  Sebilangan sahaja yang akan kena, tapi masih boleh dikira faktor keturunan.  Semakin nipis kulit, semakin jelas bayang-bayang bawah mata. Faktor usia .  Bila usia 25 tahun ke atas kulit akan mula menunjukkan tanda-tanda penuaan.  Kolagen pada kulit mula berkurang dan mengakibatkan lingkaran gelap pada mata terhasil.  Elergi .  Bagi yang mengalami alahan pada kulit seperti di bawah mata, jangan garu sebab ia akan meninggalkan kesan @ parut hitam y

Perubahan Ke Arah Lebih Cemerlang

Image
Kalau kita membaca buku-buku berunsurkan Tamadun Islam, Umat Islam pada ketika itu adalah umat yang kuat, bersemangat tinggi, banyak terlibat dalam penyelidikan perubatan, astronomi dan sebagainya.  Bagaimana umat Islam yang terkenal pada masa dahulu kini mundur? Pada masa kini, Umat Islam lebih mementingkan diri sendiri, malas berusaha, mudah putus asa dan bermacam-macam lagi. Semangat perjuangan untuk agama telah digantikan dengan perjuangan kepentingan peribadi.  Terdapat banyak jurang antara kaya dan miskin.  Gejala-gejala ini telah menyebabkan umat Islam mulai mundur. Ini ditambah lagi dengan pelbagai masalah lain yang menekan jiwa umat Islam kini seperti kefahaman Islam yang cetek, penyelewengan akidah, mengasingkan diri dari urusan dunia, gejala sosial, perpecahan keluarga dan sebagainya. Akibatnya satu demi satu kerajaan Islam ditakluki dan dijajah, lantas kegemilangan Islam terus lenyap dan hancur di tangan musuh Islam. Terdapat kebaikan apabila kita menggunakan khidm

Pembunuh No 1 Golongan Muda

Image
Penyakit jantung memang dinobatkan sebagai penyakit pembunuh nombor satu di negara kita dan dengan adanya pelbagai kempen Kementerian Kesihatan, rasanya semua orang tahu faktor risiko untuk mendapatnya.  Meskipun pengetahuan itu ada, ia belum mampu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk benar-benar berusaha mencegahnya. Buktinya catatan kes sakit jantung tetap tinggi, malah yang lebih membimbangkan ialah adanya ‘trend’ penyakit ini mula menular pada golongan muda sekitar umur 30-an dan 40-an, sedangkan ia pada asalnya dikategorikan sebagai penyakit orang tua (60 tahun ke atas) kerana peningkatan umur antara faktor risiko penyakit jantung yang tidak boleh dikawal. Sebut saja apa kaedah rawatan terkini untuk penyakit jantung, boleh dikatakan semuanya ada di negara kita, tetapi ia masih tidak boleh menjamin setiap pesakit dapat diselamatkan apabila mengalami serangan jantung. Malah ramai pakar kardiologi (jantung) menyifatkan pesakit yang berjaya mengharungi serangan jant

Andai Itu Takdirnya

Image
Allah jadikan setiap kehidupan berpasang-pasangan kerana mahu kita melengkapi antara satu sama lain.  Ada kelebihan pada diri kita, dan ada juga kekurangan pada diri kita.  Yang paling penting komunikasi antara suami isteri bagi mengelakkan masalah dalaman dalam rumah tangga. Sebak hati, jika orang yang paling kita sayang dan peneman hidup kita sehingga ke akhir hayat berpaling arah kerana isterinya tidak cantik seperti dahulu.  Bila nafsu menguasai akal manusia sanggup melakukan tindakan di luar batasan dan melanggar hukum Allah. Perbezaan antara keikhlasan dalam perhubungan… Kisah Pertama Hubungan terlarang yang dijalinkan oleh si suami bermula sejak si isteri mengandungkan anak pertama. Mahu diberi penerangan, si suami menulis sepucuk surat kepada si isteri menerangkan di mana silapnya. Kerana penerangan ini, si isteri menerima dan memaafkan si suami. Katanya itu adalah fitrah seorang lelaki. Berikut ialah surat yang ditulis. Mah isteri abang yang solehah, ister

5 Tips Ibu Hamil Atasi Sakit Gigi Semasa Mengandung

Image
Oh sakit gigi.. sakit bertambah-tambah jika ketika itu anda hamil dan doktor sarankan anda untuk tidak mencabut gigi.. ouch! Itulah pengalaman mamamanis masa mengandungkan Anis Sofia masa tahun 2013. Kalau nak ikutkan waktu tu kandungan baru trimester pertama.. mulalah terfikir aku ni kurang kalsium ker?  Sakitnya sampai nak menguap pun x boleh punyalah sakit, lepas tu bahagian dalam pulak tu bukan gigi yang depan-depan..haru2 Untung kerana mamamanis berkhidmat dalam sektor kerajaan.  Klinik pun depan mata jer.. so buatlah appointment..konon2 nak cabut la gigi ni sebab x tertanggung rasanye.  Kalau nak diikutkan bahagian belakang gigi memang dah berlubang sedikit so bila kita mengandung perubahan hormon menyebabkan pengaliran darah yang banyak pada badan serta boleh mendapat jangkitan. Doktor x suggest untuk kita cabut gigi kerana pengambilan ubat antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat bius boleh menganggu perkembangan janin dalam kandungan.  Jadi doktor suggest cuci gigi

Tabung Ajaib Mamamanis

Image
Mamamamanis nak kongsi sedikit berkenaan Performance Drink.   Ia adalah salah satu minuman isotonik yang KURANG GULA & TIDAK BERKARBONAT.   Perisa Oren yang sangat lazat bukan sahaja diminati oleh orang dewasa bahkan anak-anak. Termasuklah anak mamamanis Imran & Anis. Sekarang ni mamamanis x nak bebel panjang-panjang pasal PD ni.. kita kongsi sikit aktiviti  yang kita boleh buat dengan anak-anak menggunakan Produk Shaklee. Pastikan Performance Drink anda habis diminum Jeng..jeng..jeng Tabung ajaib mamamanis – (versi suara doremon) Tebuk sedikit lubang supaya duit syiling boleh dimasukkan Bahan-bahan yang kita perlukan 1) 1 Canister Performance Drink (pastikan sudah habis ye sayangku) 2) Gunting & Pisau 3) Duit siling @ duit kertas Cara membuat tabung ajaib mamamanis 1) Basuh & keringkan canister PD terlebih dahulu 2) Tebukkan bahagian tengah penutup PD dan anggarkan ruang untuk masuk duit siling atau duit kertas.

Allah masih sayangkan kita

Image
Semalam mamamanis received satu tazkirah dari kawan melalui WhatsApp.  Biasalah kan kalau cerita panjang sikit kita scroll laju2 lps tu ambik part awl, tengah dan akhir..hehe semalam tergerak baca satu cerita yang menyentuh hati mamamanis berkenaan solat di awal waktu. Allah Masih Sayangkan Kita Copy : cerita menyentuh hati ex school mate saya di MRSM Balik PUlau dulu.. Nor Sahidah Hamid yang baru menunaikan haji baru2 ini.  Solatlah diawal waktu.  Baca sampai habis, semoga beroleh manfaat dan menjadi inspirasi untuk istiqomah solat awal waktu Sedikit pengalaan saya ingin kongsikan bersama rakan.  Cerita saya semasa menunaikan haji 2014.  Lagi 4 hari menantikan hari wukuf.  Mekah sudah sedak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.  Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak2 di Malaysia.  Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia.  Waktu yang paling sesuai untuk anak2 saya seblum tidur. Oleh keran