Andai Itu Takdirnya
Allah
jadikan setiap kehidupan berpasang-pasangan kerana mahu kita melengkapi antara
satu sama lain. Ada kelebihan pada diri
kita, dan ada juga kekurangan pada diri kita.
Yang paling penting komunikasi antara suami isteri bagi mengelakkan
masalah dalaman dalam rumah tangga.
Sebak
hati, jika orang yang paling kita sayang dan peneman hidup kita sehingga ke
akhir hayat berpaling arah kerana isterinya tidak cantik seperti dahulu. Bila nafsu menguasai akal manusia sanggup
melakukan tindakan di luar batasan dan melanggar hukum Allah.
Perbezaan antara
keikhlasan dalam perhubungan…
Kisah Pertama
Hubungan
terlarang yang dijalinkan oleh si suami bermula sejak si isteri mengandungkan
anak pertama. Mahu diberi penerangan, si suami menulis sepucuk surat kepada si
isteri menerangkan di mana silapnya. Kerana penerangan ini, si isteri menerima
dan memaafkan si suami. Katanya itu adalah fitrah seorang lelaki. Berikut ialah
surat yang ditulis.
Mah
isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna
kepada Adan, Lili dan Nafisa…
Impian
abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang merayu
sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang
tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang
nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda..
abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf…
Mah…
Abang
jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah
polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis.
Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang
pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah
Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai
abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk
abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita
kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang.
Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan,
Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah
busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila
abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik
kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah
lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan
perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah
abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak
pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang
pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana
pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu?
Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama
belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi
jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang
luahkan… dan Mah terimalah dengan lapang hati.
Mah…
Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan
dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke
bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal… Zulaikha hanya
mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah
meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona.
Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang…
abang tidak mampu menghalang.
Abang
berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang
perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah
ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala
hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah
pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan
dalam… abang merayu…
Kisah kedua
Kasih sayang suami terhadap isteri |
Cuba kita lihat apabila keikhlasan timbul dalam perhubungan. Dengan isteri yang sempurna tetapi tidak sempurna di mata suami, dengan isteri yang kedua tidak sempurna tetapi sempurna di mata suaminya. Ketahuilah para suami, wanita memang lumrahnya cintakan pada kecantikan. Suka bergaya kelihatan wangi, tetapi kerana tugas yang digalas amat berat menjadikan mereka tidak sempat bergaya. Sekiranya tak cantik di mata kita, tegurlah dia..kalau boleh sama-sama lakukan kerja rumah untuk ringankan tugasnya…
Bila
bab suami nak kawin lain atau penceraian sure wanita-wanita akan meroyan ok..
sebab kita cuba sehabis baik dan sekiranya kita menerima seseorang untuk
dijadikan suami kita, itulah pertama dan kali yang terakhir dalam hidup
kita.
Bak
kata kawan-kawan kalau memang die nak kawin lagi, kita pakai cantik pun ade je
salah pada mata die.. jadi kena bersedia fizikal dan mental.. banyakkan berdoa
supaya keharmonian rumah tangga berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah
haaa.. jgn terkejut kak mah sekarang dah membalas surat suaminya tau!
http://mysuperkids.net/surat-jawapan-mah-isteri-kepada-suami-curang/
haaa.. jgn terkejut kak mah sekarang dah membalas surat suaminya tau!
http://mysuperkids.net/surat-jawapan-mah-isteri-kepada-suami-curang/
Comments
Post a Comment