5 Tips Mudah Ajar Anak-Anak Berpuasa
Lagi 2 hari kita akan masuk ke bulan Ramadhan yang penuh Barakah. Semangat nak berpuasa berkobar-kobar dalam
diri kerana ia mungkin Ramadhan yang terakhir bagi kita. Tak kurang juga gelagat anak mamamanis,
Imran yang hari-hari tanya bila masuk
bulan puasa. Alhamdulillah tahun ni,
Imran dah masuk 5 tahun dan mamamanis akan ajar berpuasa pulak.
Jom
kita lihat 5 Tips mudah utuk ajar anak-anak kita berpuasa.
1)
Pahala atau hadiah yang Allah akan beri. Imran kata kalau kita jadi anak yang baik
Allah akan bagi macam-macam hadiah. Jadi
mamamanis suka selitkan amalan berpuasa bulan Ramadhan, jika kita puasa Allah
akan hadiahkan macam-macam hadiah yang mama dengan papa tak boleh beli
untuknya.
2)
Ikut kemampuan mereka. Jika anak-anak kita hanya mampu berpuasa
setengah hari, berikan mereka berbuka kerana kita mahu mereka rasa seronok
berpuasa, tak kisahlah kalau mereka nak sambung puasa selepas minum air pada
waktu tengah hari..hehe. Keesokkan harinya kita minta mereka berpuasa lagi
sehingga 30 Ramadhan.
3)
Masakkan makanan kegemaran anak-anak
ketika berbuka atau bersahur. Ini
sebagai penggalak kepada anak-anak bahawa ibu bapa menyokong penuh mereka untuk
berpuasa. Kalau mereka request untuk makan di luar, set kan satu masa untuk berbuka bersama
keluarga di luar. Tak salah kalau sehari
dalam sebulan kita makan kat luar kan J
4)
Reward anak-anak kita hadiahkan sesuatu yang
mereka suka bila Hari Raya atau kita berikan mereka duit raya sebagai hadiah. Ini
bukan rasuah, tetapi sebagai penggalak sejak mamamanis kecik lagi, ayah akan
berikan kami duit raya kalau kami tolong cat rumah, kemas rumah dan puasa penuh
sebulan masa kecik-kecik dulu. Duit
adalah sebagai insentif sekiranya kita dapat melaksanakan tugas kita.
5)
Banyakkan bercerita tentang kelebihan
puasa di bulan Ramadhan sekiranya berpeluang bawa anak-anak untuk pergi ke
Masjid bagi Solat Terawih. Kalau
anak-anak tengok cerita Upin ipin pun ada part Ramadhan jadi ia sebagai
penggalak bagi mereka untuk berpuasa.
Comments
Post a Comment