Hidup Bertuhankan Tuhan atau Tuan
Wow
maybe pada tajuk dah buat kita tertanya-tanya adakah hidup kita selama ini
bertuhankan Tuan/majikan kita atau pun Tuhan. Bagi orang Islam mesti akan kata,
of course la kita bertuhankan Allah kenapa perlu majikan? Maybe pada dasar kita akan kata, kita bertuhankan
Allah sebab kita melakukan solat, berpuasa dan sebagainya tetapi adakah kita
melakukan solat tersebut dengan bersungguh-sungguh ataupun biasa-biasa sahaja.
Saya
simpan catatan saya untuk beberapa hari kerana saya juga dulu bertuhankan
majikan tanpa saya sedari. Saya lebih
takutkan majikan daripada Allah sendiri..Allahuakhbar.. Ya saya lebih takut
untuk lewat sampai ke pejabat kerana takut majikan saya akan marah. Tetapi saya tidak rasa takut untuk lewat
berjumpa Allah dalam solat seperti lewat dalam menunaikan solat. Kita lebih menjaga markah kita supaya kita
masih mahu menerima kenaikan gaji.. tahukah kita bahawa rezeki yang kita
perolehi adalah dari Allah sendiri.
Sedangkan rezeki majikan kita juga turut dipegang oleh Allah termasuk
hatinya.
Siapa lebih berkuasa
sekarang? Tuhan atau Tuan? renungkan rakan-rakan
Ya
Allah betapa pilunya hati saya kerana saya masih lebih memikirkan apa orang
kata sekiranya saya mahu menunaikan solat dalam masa kerja. Kerja itu lebih penting dari segala-galanya
sehingga 5 minit pun kira rasa susah untuk tunaikan solat. Tetapi Allah masih memberikan saya kesihatan
yang baik, keluarga yang bahagia serta rezeki untuk kami sekeluarga. Kenapa
saya masih bertuhankan Tuan berbanding Allah yang satu. Saya mampu mendengar azan dikala waktu Asar,
tetapi saya masih berat untuk melakukan solat.. Allahuahkbar..
Apa akan jadi sekiranya kita
tidak mendengar laungan azan..
Apa akan jadi sekiranya
tiada lagi hari esok untuk kita sujud kepadanya..
Sedih.. takut.. gusar
Hanya 5 minit minimum, hanya
5 kali sahaja sehari semalam dapat melepaskan kita dari siksa api neraka. Luangkan masa kita untuk melakukan
bersungguh-sungguh dalam Ibadah seperti tiada esok untuk kita
melakukannya. Ingatlah rakan, sekiranya
kita mampu menghabiskan seluruh masa kita untuk mencari rezeki untuk keluarga,
luangkan sedikit masa untuk mengucapkan rasa syukur kepada Allah pemberi rezeki
kepada kita..mudah-mudahan rezeki kita diberkati oleh Allah .
Saya bukan orang alim, tp saya cuba untuk melakukan yang terbaik..
Best!..semoga ukhti dipermudahkn utk raih Redha Allah
ReplyDeleteterima kasih ummi khadijah semoga kita beroleh keberkatan dariNya
ReplyDelete